18th Post - Penetapan Gaji Minimum Pekerja Sektor Swasta

Assalammualaikum WBT dan hai,

Masih terasa bahang cerita BERSIH 3.0 yang berlaku pada beberapa hari lepas.. memang graf dosa meningkat jer sebab geram dengan peristiwa yang saya anggap memalukan negara kita..Harap selepas ini takde lagi BERSIH 4.0.. Saya akan buat entri yang berkaitan tentang BERSIH..now fokus tentang Penetapan Gaji Minimum Pekerja Sektor Swasta..mentang-mentanglah saya sekarang kerja swasta, maka kena ambil berat isu ini..





Seperti yang telah diumumkan oleh PM kita, Dato Seri Mohd Najib,



Penetapan gaji minimum ditetapkan pada kadar RM900 bagi di Semenanjung Malaysia. Manakala di Sabah dan Sarawak, gaji ditetapkan pada RM800 sebulan. Penetapan gaji terbaru ini tidak melibatkan pekerjaan khidmat domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. Bermakna semua pekerja sektor swasta akan merasai kenaikkan gaji ini..(please..adalah kenaikkan gaji bulan ini..)

Pelaksananaan penetapan gaji yang baru ini akan bermula 6 bulan dari tarikh gaji minumum diwartakan. Pengecualian bagi perniagaan kecil sederhana (SME) akan melaksanakan penetapan gaji baru tersebut 12 bulan dari tarikh perwartaan penetapan gaji minumum ini.

Cuma penetapan gaji baru ini tidak menetapkan tahap atau tahap gaji bagi kelayakan dimiliki. Pengumuman pada kali ini lebih secara general  dan terlalu umum. Alangkah bagusnya juga penetapan gaji baru pekerja swasta pada tahun ini dapat menunjukkan penetapan gaji berdasarkan kelayakan yang dimiliki oleh pekerja.
Bagaimana pula untuk pekerja swasta yang masih dalam tempoh status percubaan? Adalah terlibat juga dalam penetapan gaji yang baru ini ? Harap Kementerian Sumber Manusia dapat beri guideline atau panduan tentang pelaksaan penetapan gaji baru pekerja swasta ini..

Apa-apa pun, inilah hadiah dari kerajaan kepada pekerja sektor swasta sempena Hari Buruh yang bakal disambut esok. Harapan, bersemangatlah untuk mencari peluang pekerjaan dalam sektor swasta...

TQ for reading short entry..

pssttt..Alangkah bagusnya kalau 6 bulan tunggakan gaji yang baru ini dapat dibayar juga.. =)

0 ulasan:

Catat Ulasan


up