Entri ke-21..Flashback Preggy Moment 2

Aslkm dan Hai..

Sambung semula entri yang lepas..




Bulan keempat..
Masih struggle dengan mabuk hamil..macam-macam cara saya cuba untuk kurangkan mabuk hamil tapi satu pun tak berhasil..dalam masa yang sama,saya mengalami gastrik,batuk dan sakit gigi..walaupun nurse KKIA nasihatkan saya untuk buat pemeriksaan gigi pada awal kehamilan,saya tidak amik peduli disebabkan takut buat pemeriksaan gigi..saya guna alternatif lain iaitu makan pil kalsium untuk kurangkan sakit gigi tapi saya makan sekali seminggu jer or semasa gigi sakit sebab makan pil kalsium ni ada efek sampingan pada buah pinggang


Sumber : Google


Ubat batuk saya tak berani nak makan disebabkan risau kesan sampingannya kepada kandungan saya..pada masa ini,saya dah mula makan ubat untuk orang pregnen iaitu obimin botol kaler pink.Sebelum ini,saya dibekalkan ubat 4 serangkai iaitu asid folik,vitamin c,zat besi dan tambah darah.


Sumber : Google

KKIA bagi saya makan ubat obimin ni bila kandungan saya masuk 4 bulan plus ubat tambah darah sebab HB saya dah rendah.Makan double selagi HB tak naik ke 11.HB saya 9.8 masa mengandung 4 bulan. Pada masa ini lah juga saya masuk wad sebab kekurangan air dalam badan.


5 hari berkampung di wad buat saya rasa serik sebab setiap hari doktor akan cek dan saya dijadikan bahan eksperimen bagi doktor pelatih..kedua dua tangan saya bengkak  kesan jarum  untuk drip water entah berapa botol.






Bulan kelima

Sumber : Google

Masuk lima bulan saya mengandung, saya berhenti kerja sebab saya nak balik kampung dan terus bersalin di sana.Balik kampung naik flight seminggu sebelum raya..1st time naik flight semasa pregnen,risau pun ada padahal perut tak besar lagi. Selama pengalaman saya naik flight,flight yang pada masa tu lah sangat teruk padahal flight saya naik MAS..sepatutnya kapal landing smooth dan kurang gegaran tapi bila kapal landing,gegendang telinga saya seakan nak pecah.Gegaran pun kuat tapi nasib baik la masih bole bertahan lagi.Raya time ni la tak best sebab selera makan belum ada lagi,nak makan tapi rasa nak muntah.So makan sikit sikit asalkan merasa makanan.

Bulan keenam

Saya daftar buku pink di KKIA baru di kawasan tempat saya tinggal. Pertama kali datang, saya bagi tahu kes saya berpindah klinik dari semenanjung ke sabah. Servis KKIA tempat saya tinggal jauh beza dari KKIA di kawasan suami saya bertugas.KKIA di sabah sangat sibuk dan masa menunggu sampai sejam. Pertama kali menerima perkhidmatan seperti itu buat saya malas nak buat rutin chekcup di KKIA pada sebelah pagi.Saya nekad untuk rutin chekcup seterusnya saya akan pergi sebelah petang disebabkan sebelah pagi ramai orang.

Sumber :Google

Cukup entri untuk kali ini..my kronologi third semester pregnancy moment akan bersambung pada next entri..

Arios dan bye..

TQ for reading my entry..

















0 ulasan:

Catat Ulasan


up