Kisah imbas kembali semula my preggy moment..
Bulan ketujuh
Perut mula nampak besar pada masa ini.Mungkin sebab fizikal saya kecil,maka perut tak lah ketara sangat..cuma perut nampak macam buncit saja..besar sikit jer...selera makan membuak-buak..tapi selera camna pun berat masi lagi 51kg..bulan pertama mengandung pun 51kg..tapi berat setiap bulan menurun sampai lah saya dimasukan wad seperti yang saya cerita pada entri yang lepas..masuk 7 bulan mengandung barulah berat ok sikit..Berat dah ok tapi saya masih struggle nak naikkan HB saya yang rendah.
Sumber : Google |
Sumber : Google |
Bulan kelapan.
Bila masuk 3rd fasa pregnen, saya mula perasan kaki dah mula bengkak. Itu pun kalau saya banyak berjalan. Saya pelik ada sesetengah orang cakap banyakkan berjalan supaya kurang kaki bengkak tapi sebaliknya berlaku dengan saya. Mungkin disebabkan saya banyak travel ke sana ke mari membawa perut saya membuatkan kaki saya bengkak. Ubatnya, bila tidur saya tinggikan kaki saya dan letak bantal di bawahnya.So far, bengkak kurang sikit cuma satu jer saya tak suka. Sandal saya tak muat..maka ber"selipar" saya sebab takde mood nak beli sandal. Kalau beli pun,kofom tak muat sebab kaki memang dah bengkak.
Sumber : Google |
Finally..9 bulan jadi mak buyung..
Pada hari-hari terakhir saya menunggu hari bersalin, saya ada buat beberapa senaman untuk orang bersalin iaitu senaman kegel. Sedikit sebanyak membantu juga masa saya bersalin. Selain bersenaman, saya pastikan diri saya aktif dan tidak bermalas-malasan. My mom pantang nampak kalau saya lambat bangun pagi dan buat kerja lambat. Orang-orang tua cakap,bila orang mengandung melambat-lambatkan buat kerja,nanti tempoh masa bersalin pun akan lama. Banyak pantang yang saya kena ikut. Next entri jer la saya ceritakan pantang semasa 9 bulan saya mengandung.
Semasa fasa terakhir mengandung ni, saya lebih banyak tumpukan emosi dan kuatkan semangat untuk bersalin. Tipulah kalau saya cakap tak takut nak bersalin. Emosi pun kadang kadang naik turun, ditambah lagi suami tiada di sisi untuk bagi support. Satu hari, sibuk meng'google' internet, saya jumpa satu teknik atau kaedah bersalin. Ia dipanggil 'hypnobirthing'.
Apa itu Hypnobirthing?
" HypnoBirthing - The Mongan Method, is a unique method of relaxed, natural childbirth education, enhanced by hypnosis techniques, providing the missing link, that allows women to use their natural instincts to bring about a safer, easier, more comfortable birthing in a way that most mirrors nature. Emphasis is placed on both pregnancy and childbirth as well as on HypnoBirthing ®. As a birthing method, HypnoBirthing ® is as new as tomorrow and as old as ancient times "
Sumber : Hypnobirthing Malaysia
Maksudnya, kaedah bersalin yang diperkenalkan oleh Mongan ni lebih kepada cara bersalin orang dulu-dulu tapi kaedah ini lebih relax, free of drug dan ada teknik hipnosis.Kaedah ini dah lama diperkenalkan di Barat dan masih baru di Malaysia. Penggunaan kaedah ini akan mengurangkan rasa sakit bersalin dan mengurangkan keperluan epidurals serta ubat-ubatan lain. Kalau google di internet, banyak caranya teknik ni.Taip jer "teknik hypnobirthing" dan banyak result akan muncul. Salah satunya ialah perkongsian di blog Ibu Mengandung
Rasanya setakat ini jer entri pada kali ini.
Bersambung pada next entri tentang pengalaman saya bersalin yer..
Bye dan arios..
TQ for reading my entri..
psstt- Ayat sangat bertaburan dan tak tersusun..

0 ulasan:
Catat Ulasan