Entri Ke-25 : Pengalaman Bersalin Edisi 2

Aslkm dan Hai,

Bersambung cerita dari entri yang lepas yer..saya cuba ringkaskan seringkas yang mungkin..

Setibanya di hospital 






Okey part ni yang mendebarkan..masuk wad bersalin, bagi buku pink dan nurse request nak check bukaan rahim..selama ni selalu baca dalam tenet part nie..kena seluk dengan tangan kalau nak check bukaan rahim tu..seluk miss 'V'..pengalaman diseluk ni memang menakutkan tapi demi baby, kuatkan semangat dan hati. Perasaan malu buang jauh-jauh,yang penting baby.

Selepas di'check', bukaan rahim baru 2cm..lah,baru 2cm??pinggang rasa nak patah tapi bukaan baru 2cm?camna kalau bukaan rahim 5cm?Nurse kat sini bagi tau kalau bukaan rahim 5 cm ke atas baru dorang akan prepare alat dan katil untuk bersalin. Saya tak pasti kalau di tempat lain sebab informasi yang saya dapat dari internet bukaan 8cm baru prepare untuk bersalin.

Kemudian, saya landing atas katil dan dipasangkan alat-alat di perut. Fungsi alat tu tuk dengar heart beat baby kita. Berapa kali nurse pasang dan adjust sebab graf untuk heart baby tak dapat baca. Benda tu cam kat gambar di bawah ni..



Tapi masa benda ni di pasang,saya rasa pening dan loya. Saya bertahan tuk seketika..Ntah camna mulut saya baru nak cakap dengan nurse yang saya rasa nak muntah,saya termuntah terus. Baju yang wad bagi habis kotor. Saya tukar baju baru selepas muntah. Lepas tu, perut memulas nak buang air besar. Padahal nurse baru siap pasang benda yang check heart beat kita tu. Saya serik kes termuntah,karang kes terberak plak. Saya cakap dengan nurse nak buang air besar. Nasib la nurse memahami.Settle membuang air besar, saya landing balik dan pasang alat ntah pa namanya di atas perut saya. My family masa ni dah balik sebab famili tak dibenarkan stay bersama pesakit dalam wad bersalin.

Bacaan graf heart baby saya okey baru lah saya dibenarkan baring di atas katil saya. Selain saya, ada lagi ibu-ibu mengandung dalam wad tu. Ada yang tidur dan ada juga yang berjaga. Saya cuba baring dan bertahan dengan sakit pinggang. Saya cuba berjalan-jalan tapi ruang tepi katil saya sempit. Jadi saya berjalan ke tandas, ke ruang pantri dan berjalan tepi katil pesakit lain. Masa ni dah tak peduli orang lain. Yang penting kurangkan rasa sakit tu. Time ni juga muntah-muntah dan darah keluar banyak macam datang bulan.Sekejap baring,sekejap duduk, sekejap berjalan-jalan walau pun sebenarnya tak larat berjalan.Habis segala doa saya baca supaya rasa sakit kurang dan perasaan cemas serta takut dalam hati saya hilang. Baru teringat saya belum bagi tau suami saya yang saya dah masuk wad bersalin. Saya sms cik kanda yang saya dah masuk wad. Saya tak tengok telefon dah masa tu sebab ingat rasa sakit jer.

Pada paginya..

Saya dimasukkan ruangan untuk bersalin dalam wad tersebut. Saya masuk pukul 7 pagi dan keluar pukul 11 pagi..lama tak??huhu..ada ceritanya..tak larat nak taip lagi dengan baby mengamuk sekarang ni...

Bersambung next entri...




0 ulasan:

Catat Ulasan


up