Entri ke-26 : Pengalaman Bersalin Edisi 3

Aslkm dan hai,

Lamanya nak refresh memori ni balik..yee la,entri ni ditulis semasa baby dah berumur 6 bulan..

Sambung cerita dari entri yang lepas.. saya refresh apa yang saya ingat pada masa tu..



Semasa dalam wad bersalin..

Alat untuk dengar heart beat baby dipasang semula di perut. Bukaan rahim dah 6 cm..masa ni nurse dah bagi kebenaran untuk minum air selusuh. Selepas minum air selusuh ni,tak boleh tutup bekas minuman air selusuh ni. Tak tau pun saya pantang ni, nurse yang bagitau..sabar ja la, nasib baik saya tak tutup..

Tunggu..tunggu..laying down atas katil dengan perut saya yang penuh dengan alat heart beat baby. Saya tak ingat bila masa air ketuban saya dipecahkan..Selepas minum air selusuh ka atau sebelumnya..serius saya tak ingat dah..

Apa yang saya ingat,bila bukaan rahim saya dah 8 cm baru semua nurse tu menghadap saya untuk tolong saya bersalin..Salah seorang daripada mereka adalah makcik saya..
Saya diminta meneran kalau rasa kontraksi tu semakin kuat tapi serius bila dah time macam ni,saya tak ingat semua sakit..yang penting baby cepat keluar..saya meneran adalah dalam masa 10 minit..

Tepat 9.11 pagi,baby saya lahir..syukur alhamdulilah..nurse angkat bayi saya untuk bagi saya tengok dan tanya apakah jantina bayi saya...bayi lelaki..seberat 2.7kg..

Kemudian proses jahit..pengalaman dijahit hidup-hidup ni memang menakutkan tapi saya kuatkan semangat..bila dah jadi seorang ibu ni,baru tau sejauh mana kekuatan kita bila dah melahirkan anak..saya dijahit hampir sejam. Nasib nurse yang jahitkan miss V saya seorang yang ramah dan sabar..Katanya kena jahit cantik- cantik sebab 'itu' lah mahkota kita. Bila nurse dah cakap camtu,sakit camna pun saya tahan dan cuba untuk senyum..

Inilah pengalaman saya bersalin anak pertama..perasaan yang sukar untuk
digambarkan..ramai kawan-kawan lain bertanya tidak sakit kah bersalin..
Kalau betul sangat sakit, orang perempuan tak akan fikir untuk mengandung dan bersalin lagi..tapi bila dah rasa perasaan sebagai seorang ibu tu, semua rasa sakit tu akan hilang sekelip mata..

Rasanya cukup la untuk kali ini..Dah banyak edisi untuk entri pengalaman bersalin nie..

TQ for reading my entri..


0 ulasan:

Catat Ulasan


up