Entri ke-29 - Buat Duit Online Edisi 1 : Assign Jobs

Aslkm dan Hai,

Kali ni nak share nak cari duit dengan Assign Jobs . 


Saya jumpa website ni secara tak sengaja. Ingatkan ini website seperti Jobstreet atau JobDB tapi rupanya laman website untuk menjana pendapatan dari facebook,twitter,instagram dan lain-lain media sosial



Masa register Assign Jobs ni, saya tak baca lagi apa fungsi dia. Bila terbaca "Are you looking for work?", saya tak baca yang lain dah sebab ingatkan ini laman web untuk cari pekerjaan. Habis register, kononnya terus nak buat profile  macam nak buat resume tapi bila tengok kerja yang kena buat pelik-pelik tapi mudah, saya terkejut. Lah, ni site untuk jana pendapatan lah pulak. Baru lah saya sibuk nak baca apa sebenarnya Assign Jobs.

Bila dah ter'register' ni, apa salahnya saya cuba. Daripada tiada kerja langsung, adalah juga pendapatan sikit-sikit dari kerja online. Lagipun kerjanya sangat mudah seperti like,komen dan share dalam facebook, like dan komen dalam instagram, macam-macam lagilah. 


Klik untuk besarkan image

Pembayaran pula dalam bentuk USD Dollar. Tapi untuk apply kerja ini dalam Assign Jobs ni kena ada bukti bergambar. Jadi bila dah register Assign Jobs, registerlah Imageshack supaya kita dapat upload dan 'link'kan bukti kerja kita dengan  Assign Jobs. Kalau tak ada Imageshack ,image hosting yang lain pun boleh seperti Picasa.


Klik untuk besarkan image

Bagi pertama kali pendaftaran dengan Assign Jobs, akaun anda akan dikreditkan terus sign up bonus sebanyak $2.00. Minimum withdraw pula ialah $30 dan setiap ahli yang berdaftar di bawah referral kita, akan dapat $1.00 dengan syarat referral kita juga akan buat kerja dalam Assign Jobs. Cuma satu ja saya tak puas hati dengan Assign Job, dia tak hantar notification ke emel kalau ada kerja yang available. Sekali ja dia hantar notification selepas kali pertama register,selepas tu tak ada dah. Jadi terpaksalah check Assign Jobs setiap hari sebab semua kerja yang available ada kuota yang ditetapkan oleh employer.Siapa cepat, dia dapat.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik di sini

pstt..saya pernah terbaca ada satu blog yang dia buat kerja Assign Jobs 2 hari, dah dapat bayaran..

TQ for reading my entri..


0 ulasan:

Catat Ulasan


up