Entri ke-23..Pengalaman Bersalin 1

Aslkm dan hai,

Banyak entri juga saya berhutang. Entri kali ni adalah pengalaman pertama saya bersalin. Pada awal kehamilan, saya diberitahu yang saya dijangka bersalin pada awal tahun 2013 iaitu bulan Januari 2013. Cik kanda berasa teruja kerana bulan Januari adalah bulan kelahiran dia.



Sumber : Google
Pada minggu terakhir kehamilan saya, rutin harian berjalan seperti biasa. Sakit pinggang kadang kala datang menyerang. Bayi dalam perut pun suka kick dan aktif bergerak.Persiapan untuk bersalin dan barangan bayi juga hampir lengkap sepenuhnya.

Sehari sebelum bersalin..





Pada petang 7 Januari 2013, saya ke pekan dengan ditemani my mom dan nenek saya. Singgah ke pekan untuk membeli barangan harian. Sempat lah juga tolong angkat barang walau pun my mom risau saya terlebih rajin nak tolong angkat barang dalam keadaan sarat.


Sumber : http://www.dreamstime.com

Selepas tu, singgah ke hospital sebab nenek ada temujanji dengan doktor. Sampai hospital pukul dua dan balik rumah sekitar pukul 4 petang. Di rumah, baru saya perasan ada darah keluar seperti datang bulan tapi tidak lah sebanyak mana. Saya dah rasa cuak dan takut. Terlebih angkat barang kot sampai saya keluar darah camni. Bagitau dengan mak saya, terus mak saya bising..kenapalah tak bagi tau awal-awal padahal baru balik dari hospital.Hati saya berbelah bagi nak kol cik kanda ke tak..karang nanti kol awal-awal tak bersalin plak..saya ambil keputusan diamkan saja walau pun hati dub dab..sempat ker cik kanda nak terbang balik ke sini dari perak ke sabah dan tengok saya bersalin kalau saya bagi tau sekarang. Huhu..


Malam sebelum bersalin..

Saya buat kerja seperti biasa dan makan seperti biasa walau pun pinggang dah mula sakit. Mak saya dah sibuk kol makcik saya yang kebetulan seorang nurse dan tanyakan camna dengan keadaan saya, boleh dah ke hopsital kalau keluar darah. Makcik nurse saya bagi tau pergilah ke hopsital kalau macam tu. Saya berkeras tak nak pergi lagi sebab gerak hati saya kuat mengatakan yang saya tak akan bersalin lagi malam ni. Tapi satu rumah tak dapat tidur disebabkan risau tengok keadaan saya. Time ni lah baru kontraksi tu datang. Satu rumah saya tawaf, tak dapat duduk diam. Sakitnya seperti pinggang nak patah.


Sumber : Google
Baring salah,duduk salah. Bila berjalan jer rasa okey... saya mengalah dan pergi ke hospital pada pukul 10 malam lebih.

Setibanya saya di hospital...

Bersambung next entri ya...baby dah mengamuk ni..

Pstt..rasa ayat cam tunggang langgang sikit..huhu..

0 ulasan:

Catat Ulasan


up