Resipi kali ini adalah dari jenis sayur-sayuran.
Iaitu terung...
My favourite tapi ramai yang cakap orang perempuan tak elok makan sayur terung ni.Sebabnya terung ni punca penyakit keputihan.Tak tau sejauh mana kebenarannya sebab saya makan ok jer.
Sumber : Google
Resipi Telur Berintikan Terung Bakar
Bahan-bahan :
2 biji terung (apa-apa jenis pun boleh)
2 biji telur
2-3 biji bawang merah
1 sudu makan biji lada putih (ditumbuk kasar) - letak banyak pun tak apa,bergantung tahap kepedasan yang dikehendaki
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
1. Terung dibakar. Selalunya saya bakar atas dapur gas jer. Tak pun bakar atas kuali non stick
2. Dah siap bakar,sejukkan dulu. Kemudian baru ambil isinya saja.
3. Sementara itu, tumbuk bawang merah dan biji lada putih.
4. Pukul telur dan tambahkan isi terung bakar serta bawang merah yang ditumbuk bersama dengan biji lada putih tadi.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng adunan tadi seperti menggoreng telur tapi pastikan adunan tidak terlalu tebal sebab payah nak balikkan nanti.
Hasilnya....
Sedap di makan bersama nasi panas dan sambal kicap.
Selamat mencuba
TQ for reading my entri..
Hasilnya....
Maaflah..gambar tak cantik..kelam kabut nak snap time baby nangis2 |
Sedap di makan bersama nasi panas dan sambal kicap.
Selamat mencuba
TQ for reading my entri..
0 ulasan:
Catat Ulasan