4th Post - Gara-gara Kejohanan All England 2012..

Aslkm dan Hai...

Semalaman tak tido tunggu Datuk Lee Chong Wei beraksi dalam Kejohanan All England 2012 tapi bila jam hampir pukul 11 lebih,mata dah tak larat nak buka..nak tongkat pun payah..maka tinggalah kanda ku sorang-sorang tengok tv..

Dipendekkan cerita besok paginya ( pagi tadi...) tak sempat nak borak-borak dengan kanda kesayangan dan nak tanya siapa yang menang Kejohanan All England..maka google dalam internet..baca kat Berita Harian 


Chong Wei tarik diri, Lin Dan juara All England

2012/03/12

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal mencipta hatrik pada Kejohanan All England 2012 apabila terpaksa menarik diri pada perlawanan akhir yang cukup mendebarkan di Indoor Arena, Birmingham sebentar tadi berikutan kecederaan serius di bahu kanannya.

Akibat pengunduran itu, jaguh badminton dunia dari China, Lin Dan ditabalkan menjadi juara All England buat kali kelima.

sumber : Berita Harian 



Rasa nak tergelak bila ingatkan cik kanda berjaga semalaman semata-mata nak tunggu aksi Datuk Lee Chong Wei..Kesian dia..tapi tak boleh salahkan Datuk Lee Chong Wei..Kalau teruskan permainan juga,silap haribulan, tak dapat main untuk game Olimpik bulan Julai nanti..Walaupun cedera, beliau sempat bermain pada pusingan set pertama dan kemenangan berpihak kepada Lin Dan 21-19..Nampaknya terpaksa tunggu Olimpik Games nanti kalau nak tengok aksi Datuk Lee Chong Wei lagi..Semoga beliau cepat sembuh dan berjuang untuk Olimpik Games nanti...

Sehingga bertemu lagi...

TQ for reading my entry..

0 ulasan:

Catat Ulasan


up