7th Post - Nasib Pekerja Kontrak Khidmat Singkat..

Aslkm dan Hai,


Sebelum ini saya pernah ceritakan yang saya pernah bekerja sebagai Pekerja Khidmat Singkat di salah sebuah pejabat kerajaan. Selama tiga tahun saya berkhidmat di pejabat itu sehingglah akhir tahun lepas (2011), perkhidmatan saya ditamatkan..Saya pasrah kerana saya sedar kedudukan saya di mana, hanya setakat pekerja khidmat singkat dengan gaji setaraf degree..Walau bagaimanapun, disebabkan ada rakan-rakan lain yang menerima nasib sama dengan saya tidak berdiam diri dan berusaha membuat rayuan..Malahan mewujudkan fan page di facebook...Kami Pegawai Skim Khidmat Singkat-SPS Minta Disambung Kontrak Tahun 2012


Dari awal tahun ni sehinggalah bulan Mac ni, saya seperti lalang ditiup angin mengikut apa jua perancangan mereka dalam usaha mereka agar dilantik semula sebagai pekerja khidmat singkat kerana memikirkan mungkin ada secebis harapan yang tinggal..Risau saya berputih mata andai kata benar ada peluang disambung semula perkhidmatan..Pada satu saat saya rasa saya perlu berhenti mengharap..kenapa perlu mengharap sedangkan dengan terang dan jelas, surat penamatan kontrak sudah dikeluarkan...







Alasan mereka, pilihan raya makin dekat,benda ni boleh jadi isu..saya berfikir sejauh mana isu pekerja khidmat singkat ni boleh menjadi isu pilihan raya nanti dan adakah benda ni boleh memberi manfaat kepada ahli-ahli politik yang bertanding nanti? Sejujurnya, pegetahuan politik saya agak sempit dan tidak berminat dalam bab-bab politik ni malahan saya belum pernah mengundi lagi pun..Saya tau itu hak saya sebagai seorang rakyat Malaysia tapi saya terlepas peluang itu pada kali pertama kerana masih menuntut di U dan faktor jarak yang jauh (saya d UPM tapi saya mendaftar di kampung halaman saya di Sabah, belum sedar kewujudan pos undi masa itu)


Alasan kedua yang kukuh, mereka mahukan layanan yang sama taraf dengan rakan-rakan mereka Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang juga berkhidmat secara kontrak tapi kini telah diserap sebagai guru tetap dan menjalani kursus di Institut Pengajian Tinggi Awam yang terpilih. Jika GSST ini dapat perhatian, kenapa tidak dengan pekerja khidmat singkat?.


Saya pasti semua pekerja khidmat singkat yang dilantik telah mengutip pengalaman yang banyak dalam tempoh pelantikan tersebut (lainlah kalau betul-betul,kaki ponteng dan pemalas). Tenaga, masa dan kemahiran semua dikerah semata-mata melaksanakan tugas yang diberikan. Saya tau ada sebahagiannya melakukan kerja tugas hakiki pegawai atasan dan tidak kurang juga melakukan tugas setakat jaga kaunter dan menjawab telefon dengan gaji RM2K ke atas..pendek kata, semua tugas pekerja khidmat singkat yang sapu...Kalau macam tu, pekerja khidmat singkat ini memang berkebolehan dalam melaksanakan tugas dan berkemahiran tinggi tapi kenapa sepanjang pekhidmatan kontrak itu, mereka (termasuk saya sendiri) tidak memperolehi pekerjaan lain sedangkan pengalaman sudah ada?


Sebabnya, tidak mahu keluar dari zon selesa yang sedia ada. Menurut apa yang saya rasa dan fikir, inilah sebabnya saya tidak mendapat pekerjaan sepanjang perkhidmatan kontrak saya masih berlangsung. Saya akan selalu cakap dengan diri saya, tunggu kontrak nak abis, baru cari kerja baru..Selama 2 kali kontrak perkhidmatan saya diperbaharui, begitulah corak pemikiran saya. Tunggu sehingga kontrak tamat, baru cari kerja lain. Mungkin juga disebabkan faktor luar bandar yang jauh dan peluang pekerjaan di sektor swasta yang tidak bersesuaian dengan kelayakkan. Saya harus akui kerja di Sektor Kerajaan adalah pengalaman kerja saya yang sangat berharga. Tipulah kalau saya cakap saya tidak mengharap kontrak perkhidmatan saya disambung semula dan dapat diserapkan ke jawatan tetap..Tapi rezeki saya hanya setakat di situ..Saya kena berusaha mencari kerja lain..Dengan pengalaman yang saya ada kini, saya harap dapat mencari kerja yang sesuai dan paling tidak pun boleh memberi pengalaman baru dalam hidup saya...


Sekian


TQ for reading my entry..


psst..sori teremosi sikit dengan entri ini..

0 ulasan:

Catat Ulasan


up