11th Post - Keputusan SPM 2011 pada 21 Mac 2012..Hala Tuju Selepas SPM 2011??

Aslkm dan Hai,

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. 

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. 

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Sumber  : Laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Siapa yang ambil SPM tahun lepas confirm tak dapat tidur dengan lenanya malam besok. Insyallah, jika dah berusaha gigih, pasti keputusan yang diperolehi setimpal dengan usaha yang dibuat. Apa -apa pun keputusan yang diperolehi, lapangkan dada dan rancang masa depan dengan baik. Belajar lagi atau nak cari kerja, terpulang dengan pilihan dan kehendak masing-masing.

Cuma sedikit nasihat dari saya....



Apa pun pilihan kita perlukan restu dari ibu bapa kita sendiri. Baru lah berkat pilihan kita tu. Kalau nak sambung studi, perlu fikirkan juga laluan pendidikan kita sama ada nak amik matrikulasi, STPM atau diploma. Setiap laluan pendidikan itu berbeza dari segi masa, kos dan tenaga yang kita perlukan untuk menghadapinya. Seperti keadaan saya dulu, keputusan yang diperolehi hanyalah cukup-cukup makan dan tak melayakkan saya mengambil diploma ataupun matrikulasi. Jadi jalan yang saya ada hanyalah mengambil STPM padahal sebelum tu, mati-mati saya tak mau amik STPM tapi siapa suru saya tak studi betul-betul semasa amik SPM.

Selepas tamat STPM, alhamdullilah barulah saya ditawarkan pengajian ijazah di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi. Kini baru saya faham hikmah disebalik keterpaksaan saya mengambil STPM. Bukan nak merendahkan mana-mana level pendidikan tapi apa yang diberitahu semasa zaman saya amik STPM, level STPM lebih tinggi dari matrikulasi dan diploma. Sebab tu STPM dianggap peperiksaan yang paling berprestij diantara semua peperiksaan awam yang ada di Malaysia.(betulkan jika saya salah tapi inilah ceramah cikgu saya selama setahun setengah belajar STPM)

Semasa mengisi borang jawatan kosong juga, seringkali juga terserempak ayat seperti ini, "keputusan matrikulasi tidak boleh digunakan" dan semasa akhir tahun pengajian saya di U, ada juga senior saya yang  mengadu disebabkan pendidikan tertinggi sekolah menengah beliau hanyalah SPM saja sebab keputusan matrikulasi beliau tidak laku.

Jangan salah faham yer, bukan nak kondem budak-budak matrikulasi but just sharing dengan reader. As i mentioned early, buat pilihan bila dah pikir masak-masak. Kalau nak kerja dulu, kumpul duit sendiri dan belajar sambil kerja juga good idea sebab ramai kawan-kawan saya juga wat macam ni dulu (termasuk cik kanda)

Sekarang zaman internet. The world just on your fingertip. Cari saja apa yang diperlukan dan pastikan kesahihan maklumat sebelum digunapakai. Bila da buat pilihan, just go on it dan colouring your future..Wish you happy with your choice..

Arios...

TQ for reading my entri..

0 ulasan:

Catat Ulasan


up