12th Post - Hanya Kerana Mengumpat..

Aslkm dan Hai,

Hari ni nak bercakap pasal mengumpat a.k.a menganyam ketupat..Tadi tengahari cik kanda pulang dengan tercungap-cungap seperti orang baru habis berlari 100 meter. Rupa-rupanya naik tangga 8 tingkat sebab lif tak bergerak-gerak bila da tunggu 15 minit..setiba di tingkat 5, terdengar kecoh tepi lif..Cik kanda pun menjenguk apa yang kecoh depan lif dan mendengar kekecohan tersebut..

Rupa-rupanya...






Sumber : askarjepunonline.blogspot.com

Ada dua orang makcik sibuk menganyam ketupat di tengah-tengah lif. Sebab tu lif tak bergerak hanya kerana dua orang makcik tadi tak keluar dan berdiri di tengah-tengah pintu keluar lif. Cik kanda kalau nak ikutkan hati nak tegur makcik dua orang tu tapi disebabkan dah penat dan hampir kehabisan tenaga, beliau teruskan juga mendaki tangga berbaki 3 tingkat lagi..

Moral of the story..nak menganyam ketupat pun pilihlah tempat. Sudahlah dapat dosa mengumpat orang, nak menyusahkan orang lagi dengan berdiri depan lif sampai lif tak gerak-gerak. Nasib rumah kerajaan ni ada 10 tingkat, kalau 20 tingkat, tak larat nak mendaki tangga dalam cuaca panas terik..

Perkongsian dari Blog Tazkirah


Hibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.


Sekian..

TQ for reading my entri...

0 ulasan:

Catat Ulasan


up