6th Post - Ekspres Brekpes : Roti Cheese Bersalut telur

Aslkm dan Hai,

Pagi tadi sempat buat brekpes untuk cik kanda..selalunya cik kanda jarang brekpes di rumah sebelum pergi kerja tapi hari ini, saya terlebih rajin buatkan brekpes. Saya buat tak banyak pun, dalam 4 keping jer.. Alhamdulillah, kenyang juga..Jom tengok apa-apa bahan saya guna k..





Resepi Roti Cheese Bersalut Telur
Sumber : My Ex-Rumet semasa studi dulu...

Bahan-bahan :
Roti Gardenia 4 keping
Keju Cedar (saya guna jenama Chesedale)
Sosej (ada lebihan lauk semalam)
Telur 1 biji
Secukup serbuk biji lada putih
Sedikit susu cair
Marjerin secukupnya untuk menggoreng

Cara - cara membuatnya :
  1. Pukul telur dalam mangkuk dan letak sedikit serbuk biji lada putih dan susu cair.
  2. Panaskan marjerin dalam non pan stick kuali - jangan banyak sangat nanti masin
  3. Kemudian, lapiskan kepingan keju dengan 2 keping roti dan potong roti tadi kepada 4 - nak bagi roti ni kecik supaya senang nak goreng
  4. Kemudian selitkan sosej dalam kepingan roti berisi keju tadi yang telah dipotong.(potonglah sosej ikut kreativiti sendiri asalkan boleh letak dalam kepingan roti tu)
  5. Lepas tu, celup roti dalam telur yang telah dipukul tadi.
  6. Gorengkan roti yang dicelup tadi dan balik-balikkan ia.Angkat bila da masak
Hasilnya....


TQ kepada ex-rumet aku sebab perkenalkan resepi ni walaupun dia tak tau saya publish dalam blog ni..

Arios..nak kemas umah dulu..

TQ for reading my entri...

psst : Camni rasanya bila dah publishing hasil masakan sendiri dalam blog. Sori, ayat tunggang langgang wokey..

0 ulasan:

Catat Ulasan


up