okay,this entry should be scheduled publish 3 days ago tapi ada masalah sikit..playback ya cerita 3 hari yang lepas..
Baru balik dari interview..perasaannya sukar untuk digambarkan..entah kenapa tidak terasa teruja seperti mana saya mendapat tawaran kerja 3 tahun lepas...Walau bagaimanapun, saya harus bersyukur..Di saat orang lain masih tercari-carikan pekerjaan, saya telah ditawarkan kerja selepas 3 bulan menganggur..
Mungkin apa yang merisaukan saya...
Ialah saya tidak pernah bekerja dalam sektor swasta tapi kerja tetap kerja..Sampai bila nak mengharapkan kontrak yang lepas tu untuk disambung padahal tawaran baru di depan mata...
Think positive..Bila lagi nak cari pengalaman baru macam ni..Walau pun kerja yang ditawarkan tidak setimpal dengan kelayakan saya tapi mungkin pengalaman itu boleh membantu saya untuk mematangkan diri dan belajar benda baru....
Bila da kerja, saya tak pasti adakah saya mempunyai masa lagi dengan menge'post' entri dalam blog ini..Tak sampai lagi sebulan usianya..Sebab saya sedar jenis saya ialah jenis workholic dan tak ingat makan bila buat kerja..Apatah lagi untuk blogging dan blogwalking..
Apapun, dengan perasaan berbaur risau dan cuak, teruskan niat juga ambil tawaran bekerja ini..Nasiblah tak jauh sangat dari tempat kerja..Insyallah, akan saya ceritakan tempat kerja baru saya nanti..
Arios..
TQ for reading my entry...
0 ulasan:
Catat Ulasan