18th Post - Penetapan Gaji Minimum Pekerja Sektor Swasta

Assalammualaikum WBT dan hai,

Masih terasa bahang cerita BERSIH 3.0 yang berlaku pada beberapa hari lepas.. memang graf dosa meningkat jer sebab geram dengan peristiwa yang saya anggap memalukan negara kita..Harap selepas ini takde lagi BERSIH 4.0.. Saya akan buat entri yang berkaitan tentang BERSIH..now fokus tentang Penetapan Gaji Minimum Pekerja Sektor Swasta..mentang-mentanglah saya sekarang kerja swasta, maka kena ambil berat isu ini..


17th Post - Gempa Bumi di Aceh..Terasa sehingga di rumahku...

Aslkm dan Hai..

Bersawang dah blog ni sejak tuan tanah sibuk berkerja..tak lah sibuk sangat tapi idea semakin kurang ligat sejak bekerja ini..

Cuma nak menceritakan pengalaman pertama merasa gegaran gempa bumi di blok kediaman sendiri..So hari ni, playback punya story lagi yer..

Pada 11 April lepas, saya tak turun kerja sebab cuti am..Hari jadi Agong..Bila tak kerja, ambil masa bersantai-santai di rumah..pada pukul 4 lebih, sedang asyik saya menonton tv sambil saya menongkat dagu saya...tiba-tiba...

16th Post - Resepi Tauhu Goreng Schezuan..

Aslkm dan Hai,

Backdated entry lagi yer...

Siang tadi sengaja masak lauk berunsur sayur memandangkan cik kanda jarang-jarang makan sayur. Jadi, saya mencuba satu resepi yang saya tak ingat dari mana sumbernya. Saya just copy dan print, lupa nak ambil sumber dari mana. Rasanya dari satu forum tapi lupa plak apa nama forum tu..

Jom tengok resepinya..


15th Post - Buka Buku Baru Dengan Kerja Baru..

Aslkm dan Hai

okay,this entry should be scheduled publish 3 days ago tapi ada masalah sikit..playback ya cerita 3 hari yang lepas..

Baru balik dari interview..perasaannya sukar untuk digambarkan..entah kenapa tidak terasa teruja seperti mana saya mendapat tawaran kerja 3 tahun lepas...Walau bagaimanapun, saya harus bersyukur..Di saat orang lain masih tercari-carikan pekerjaan, saya telah ditawarkan kerja selepas 3 bulan menganggur..

Mungkin apa yang merisaukan saya...


14th Post - Alhamdulillah..

Aslkm dan Hai,

Alhamdulillah. tadi terima panggilan temuduga sebelah petang ini pukul 3. Rasa terkejut juga sebab on th spot interview calling. Dah lama tak pergi interview, rasa cam kalut dan nerves plak..Doakan saya berjaya yer...

Alhamdulillah juga


13th Post - JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !

Aslkm dan Hai,

Big Capital Letter tajuk hari ini..tadi sempat blogwalking di blog blogger otai, MR BEN ASHAARI.COM yang membuat Segmen : Nak Join bloglist BEN ASHAARI??
wahh..segmen bagus ni bersama blogger otai..


Memandangkan Mr Ben Ashaari dah bagi peluang keemasan macam ni, napa tak cuba jer kan..hehe..

Sekiranya, Mr Ben Ashaari tersinggah di blog picisan ni, sudilah kiranya terbaca entri ini..

Blog ini hanyalah blog rojak tentang kehidupan saya, pendapat dan pandangan saya dalam apa-apa topik yang saya tahu mahu pun di luar pengetahuan saya. Masih mentah dalam dunia blog tapi Insyallah akan berusaha belajar dan bagi blog ni bernafas dengan pelbagai entri saya...Insyallah...

Kenapa saya berblog..???

12th Post - Hanya Kerana Mengumpat..

Aslkm dan Hai,

Hari ni nak bercakap pasal mengumpat a.k.a menganyam ketupat..Tadi tengahari cik kanda pulang dengan tercungap-cungap seperti orang baru habis berlari 100 meter. Rupa-rupanya naik tangga 8 tingkat sebab lif tak bergerak-gerak bila da tunggu 15 minit..setiba di tingkat 5, terdengar kecoh tepi lif..Cik kanda pun menjenguk apa yang kecoh depan lif dan mendengar kekecohan tersebut..

Rupa-rupanya...



11th Post - Keputusan SPM 2011 pada 21 Mac 2012..Hala Tuju Selepas SPM 2011??

Aslkm dan Hai,

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. 

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. 

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Sumber  : Laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Siapa yang ambil SPM tahun lepas confirm tak dapat tidur dengan lenanya malam besok. Insyallah, jika dah berusaha gigih, pasti keputusan yang diperolehi setimpal dengan usaha yang dibuat. Apa -apa pun keputusan yang diperolehi, lapangkan dada dan rancang masa depan dengan baik. Belajar lagi atau nak cari kerja, terpulang dengan pilihan dan kehendak masing-masing.

Cuma sedikit nasihat dari saya....

10th Post - Lunch Dengan Ikan Masak Ampap..

Aslkm dan hai,


Tadi tengahari lunch dengan ikan masak ampap, traditional recepi from sabah. Senang jer nak masak ikan ni. Masa Masterchef Malaysia tengah bersiaran, peserta dari sabah, Wahidan pernah buat masakan ikan ampap ni tapi versi yang dia masak agak susah. Saya selalu masak versi yang simple. Ini versi my mother..(tiba-tiba rindu plak kat kampungku yang jauh di sana). ok lah, resepinya adalah seperti berikut :


9th Post - Mentor 6 VS K Pop Star..

Aslkm dan Hai,

Semalam sempat tengok Mentor 6..Jarang-jarang tengok realiti show program ni,lebih-lebih lagi bab sal singing contest ni..bukan nak cakap saya pandai nyanyi or tak suka bakat orang tapi belum sampai ke tahap yang saya akan cakap "Wow!!Bestnya suara penyanyi ni"..

Semalam tengok Mentor sebab nak tau siapa protege Kak Ogy ni. Yer la semua orang tau kak Ogy kan orangnya cerewet teramat dan selektif orangnya. Selain tu nak juga tengok siapa protege Adam (orang kampun g aku ni), da agak dia akan pillih orang yang pandai menari..Selepas tengok konsert pengenalan, saya rasa yang banyak peminat ni protege Faizal Tahir, Anas..iras-iras Marcell penyanyi dari Indon..tapi ini baru konsert pengenalan, belum lagi konsert seterusnya..tengok siapa lagi yang lebih kuat..


Saya tak boleh elakkan nak bandingkan Mentor 6 dan K Pop Star yang main kat Channel Astro 393..Peserta yang terpilih dalam K Pop Star semuanya talented dan boleh buat penonton terpukau..Pemilihan peserta juga sangat  ketat..tak percaya jom tengok video youtube ini..


8th Post - Foxit PDF Editor Crack

Aslkm dan Hai,

Foxit PDF Editor adalah alternatif software untuk format file .pdf . Saya memperolehi perisian ini secara tidak sengaja apabila saya tengah mencari perisian yang boleh meng"edit" fail pdf sebab komputer kerja saya pada masa itu tidak mempunyai perisian Adobe Creator yang boleh edit pdf file.

Kalau nak buat resume atau isi jawatan kosong, saya selalu gunakan perisian ini sebab borang jawatan kosong banyak dalam format pdf. Jadi bila gunakan perisian ini, borang kita nampak kemas dan cantik dipandang. Bukan itu saja, kalau kita nak insert atau nak lampirkan salinan siijil-sijil kita dalam borang tu pun senang. Scan sijil-sijil kita dan letak dalam format pdf. Selepas tu, baru kita insert dalam borang jawatan kosong yang kita isi itu.


7th Post - Nasib Pekerja Kontrak Khidmat Singkat..

Aslkm dan Hai,


Sebelum ini saya pernah ceritakan yang saya pernah bekerja sebagai Pekerja Khidmat Singkat di salah sebuah pejabat kerajaan. Selama tiga tahun saya berkhidmat di pejabat itu sehingglah akhir tahun lepas (2011), perkhidmatan saya ditamatkan..Saya pasrah kerana saya sedar kedudukan saya di mana, hanya setakat pekerja khidmat singkat dengan gaji setaraf degree..Walau bagaimanapun, disebabkan ada rakan-rakan lain yang menerima nasib sama dengan saya tidak berdiam diri dan berusaha membuat rayuan..Malahan mewujudkan fan page di facebook...Kami Pegawai Skim Khidmat Singkat-SPS Minta Disambung Kontrak Tahun 2012


Dari awal tahun ni sehinggalah bulan Mac ni, saya seperti lalang ditiup angin mengikut apa jua perancangan mereka dalam usaha mereka agar dilantik semula sebagai pekerja khidmat singkat kerana memikirkan mungkin ada secebis harapan yang tinggal..Risau saya berputih mata andai kata benar ada peluang disambung semula perkhidmatan..Pada satu saat saya rasa saya perlu berhenti mengharap..kenapa perlu mengharap sedangkan dengan terang dan jelas, surat penamatan kontrak sudah dikeluarkan...



6th Post - Ekspres Brekpes : Roti Cheese Bersalut telur

Aslkm dan Hai,

Pagi tadi sempat buat brekpes untuk cik kanda..selalunya cik kanda jarang brekpes di rumah sebelum pergi kerja tapi hari ini, saya terlebih rajin buatkan brekpes. Saya buat tak banyak pun, dalam 4 keping jer.. Alhamdulillah, kenyang juga..Jom tengok apa-apa bahan saya guna k..



5th Post - Iklan ChurpChurp yang sangat Famous...

#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!

Aslkm dan Hai,


Baru beberapa entri saya postkan dalam blog ini..tapi hati saya gatal nak wat iklan churpchurp..maka saya pun bersengkang mata lah semalam nak kaji macam mana nak daftar, nak buat dan nak running iklan ni..banyak blog juga saya kena rujuk semasa nak daftar ChurpChurp ni..tutorial rujuk blog Encik Jamal.. dan Miss Lyssa . Banyak lagi lah blog yang bagi tutorial percuma cara nak daftar ChurpChurp ni..saya tak larat dan expert lagi nak wat tutorial ni semua..so tanya Pakcik Google kita ni..


Yang bestnya, medium penggunaan iklan ChurpChurp ni sangat meluas..facebook,twitter,emel,dan blog juga boleh letak iklan ChurpChurp..terpulang dengan kita jer rajin tak tuk promote..


Saya baru jer bermula hari ini..sebelum ni tak pernah involve tuk promote iklan-iklan macam ni..tadi baru jer post kat fB saya..tu pun pikiran saya agak negatif sikit..pa la my other fren fikir bila dorang nampak saya buat iklan macam ni..tapi kalau saya tak cuba,bila nak tau betul ke tak benda ni berhasil..terpulang dengan kita rajin promote or tak..kalau orang lain boleh wat,why not me..


Better Try Than Never..


Arios...


TQ for reading my entry...

4th Post - Gara-gara Kejohanan All England 2012..

Aslkm dan Hai...

Semalaman tak tido tunggu Datuk Lee Chong Wei beraksi dalam Kejohanan All England 2012 tapi bila jam hampir pukul 11 lebih,mata dah tak larat nak buka..nak tongkat pun payah..maka tinggalah kanda ku sorang-sorang tengok tv..

Dipendekkan cerita besok paginya ( pagi tadi...) tak sempat nak borak-borak dengan kanda kesayangan dan nak tanya siapa yang menang Kejohanan All England..maka google dalam internet..baca kat Berita Harian 


Chong Wei tarik diri, Lin Dan juara All England

2012/03/12

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal mencipta hatrik pada Kejohanan All England 2012 apabila terpaksa menarik diri pada perlawanan akhir yang cukup mendebarkan di Indoor Arena, Birmingham sebentar tadi berikutan kecederaan serius di bahu kanannya.

Akibat pengunduran itu, jaguh badminton dunia dari China, Lin Dan ditabalkan menjadi juara All England buat kali kelima.

sumber : Berita Harian 



Rasa nak tergelak bila ingatkan cik kanda berjaga semalaman semata-mata nak tunggu aksi Datuk Lee Chong Wei..Kesian dia..tapi tak boleh salahkan Datuk Lee Chong Wei..Kalau teruskan permainan juga,silap haribulan, tak dapat main untuk game Olimpik bulan Julai nanti..Walaupun cedera, beliau sempat bermain pada pusingan set pertama dan kemenangan berpihak kepada Lin Dan 21-19..Nampaknya terpaksa tunggu Olimpik Games nanti kalau nak tengok aksi Datuk Lee Chong Wei lagi..Semoga beliau cepat sembuh dan berjuang untuk Olimpik Games nanti...

Sehingga bertemu lagi...

TQ for reading my entry..

3rd Post - Sakit Kaki & Petua Sakit Kaki..

Aslkm dan Hai..

Hari ini dalam sejarah..kaki sakit sejak semalam lagi..mungkin sebab musim hujan dan duduk di rumah yang berlantaikan mozek menyebabkan kaki masuk angin..masih boleh berjalan tapi kalau nak pijak lantai tu,ibaratnya pijak duri..sakit menyengat..dah puas mengurut kaki ini tapi kaki masih sakit lagi..

Umur saya masih muda..27 tahun..(muda lagi la kan??)..tapi sering sakit kaki..dalam keluarga saya sebelah mak.memang ada penyakit kaki ini..dari nenek saya,makcik-makcik saya,mak saya dan saya semuanya pernah rasa sakit kaki akibat masuk angin..sebab tu saya tak boleh pakai kasut tinggi..sebab cepat sakit kaki dan rasa tak stabil kalau pakai kasut tumit tinggi-tingi ni..dan tak boleh duduk dalam aircond..nanti kaki kebas..

Disebabkan tak tahan sakit kaki ini, teringat dulu rawatan orang-orang tua untuk merendam kaki dalam air panas..Untuk rawatan kaki ini,perlukan :

*Air panas (bukan suam kuku yer..campur sikit dengan air sejuk..test dengan tangan untuk mengetahui tahap kepanasan air)
*Garam ( letak dalam baldi,sukatan bergantung dengan sukatan air panas)
*Baldi ( baldi yang kedua-dua kaki boleh masuk sekaligus)
*Towel tebal ( untuk cover supaya wap air panas dalam baldi tak terkeluar)

**Amaran, sila berhati-hati dengan air panas..jangan sampai kaki melecur semasa lakukan rawatan ini..untuk keselamatan,lakukan dalam kamar mandi..

Jadi, bila dah sediakan semuanya,masukkan kaki secara perlahan-lahan dalam baldi..kalau air sangat panas,masukkan bahagian tumit dulu..kalau bahagian tumit rasa boleh tahan dengan tahap kepanasan air panas,masukan lagi kaki secara perlahan dan begitulah seterusnya..sementara itu,tutup keliling baldi dengan towel supaya dapat memerangkap wap panas dalam baldi dari terkeluar..jangan sesekali tambah air sejuk..biarkan air panas tu sejuk dengan sendirinya.. lagi bagus letak guli-guli dalam baldi tersebut supaya kita boleh pijak guli sambil rendam kaki..tujuan guli diletak untuk lancarkan peredaran darah di bahagian tapak kaki..Rasa sangat segar dan selesa bila rendam dalam air panas ini..lakukan selama 20 hingga 30 minit atau sehingga air menjadi sejuk

Alhamdulillah, selepas rendam kaki dalam air panas, sakit kaki telah berkurangan..lepas rendam,saya cepat -cepat keringkan kaki dengan towel dan sapu minyak angin pada tapak kaki..selepas tu,pakai stokin supaya tapak kaki rasa panas dan hangat...

Hanya itu entri untuk hari ini..tata my blog....

pstt..mood nak makan pisang goreng time hujan-hujan ni..

2nd Post - Please..Introduce Myself..

Aslkm wbt..
okay.2nd post tak tau nak tulis apa..tapi tuan tanah nak perkenalkan diri kepada dunia blog..nama sebenar dirahsiakan buat sementara waktu..bukan malu atau takut tapi adalah lebih baik dunia blog lebih mengenali saya sebagai Aireen dalam alam maya ni..Insyallah bila dah bertapak kukuh dalam dunia bog ini,barulah tuan tanah menunjukkan diri..Berasal dari negeri di bawah bayu dan berhijrah ke salah satu negeri utara di semenanjung..(buat sementara waktu jer okay..miss my home land nun jauh di seberang sana..)


Wujudnya blog ini sebab nak merasa kehidupan sebagai seorang blogger..tambahan lagi selepas dengan rasminya telah "menanam anggur" pada awal tahun ini,sangat bosan duduk di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa..sebelum ini, saya bergelar pekerja khidmat singkat di salah satu agensi kerajaan..Alhamdullilah,banyak juga pengalaman yang dikutip selama hampir tiga tahun berkhidmat..


Insyallah,akan banyak post akan muncul dalam blog ini jikalau tiada kekangan masa,banyak idea dan mood yang baik. .amin..mudah-mudahan..


sekian sedikit sebanyak dari saya..sehingga next post bertemu semula..tata.


psst..bahasa sangat tunggang langgang okay..sedang mengasah bakat semula mengarang seperti zaman SPM.. 

1st Post - My First Blog..

Testing..testing..lagi testing..dah ok ker..??tak sangka ada blog juga akhirnya..agak-agak saya orang ke berapa ada blog di malaysia ni..??da ada sejuta lebih blogger yang wujud di malaysia ni..ni ikut my own statistic..tidak berdasarkan dari mana-mana sumber..rasa macam dah terlambat ada blog ni...

tak reti guna..tak pandai buat..dan paling penting tak reti nak curahkan idea apa nak tulis dalam blog..itu lah alasan yang kenapa saya tidak terpikir  nak buat blog..tp sekarang,baik wujudkan satu blog dan share semua pengetahuan dan idea dalam kepala saya yang kecil ini untuk di post kan dalam blog..kadang-kadang nak juga merasa apa sebenarnya menjadi seorang blogger ni..

1st step,blogwalking now..any updates will be coming soon..arios..


up