Mukadimah..
Semenjak dua menjak, asyik terpikir macam mana lah nak cari kerja dan tolong cik kanda survive hidup kami 3 orang anak beranak. Kerja memang ada tapi saya tak sampai hati nak kerja dan bagi anak saya suruh orang lain jaga. Lebih-lebih lagi di tempat perantauan ini. Kalau anak dah besar dan pandai bercakap, mungkin saya consider juga nak ambil keputusan bekerja dan hantar anak ke taska atau pengasuh tapi buat masa sekarang biarlah pegang title full housewife sementara waktu.
Bila dah duduk di rumah, hari-hari menghadap internet ni. Lepas tu terjumpalah beberapa website yang promote kerja online di rumah. Boleh percaya ke? Puas la saya baca review sana sini. Godek forum sana sini. Explore blog sana sini. Ramai yang dah bagi review yang website ni okey dan bagus..Erm..kalau tak cuba,mana tahu.Boleh tolong cik kanda cari duit sikit-sikit..
Website yang dimaksudkan tu ialah Job Di Rumah. Rasanya saya dah tahu benda ni sejak beberapa tahun lepas lagi tapi saya tak ambil peduli sebab ingatkan benda ni scam dan penipu. Bila dah tergerak hati nak explore Job Di Rumah, rupanya dah ramai yang beli dan buat review.
Apa itu Job Di Rumah ?
Job Di Rumah merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul. Untuk kemudahan ahli, Job Di Rumah akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dengan kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.
Untuk join Job Di Rumah, perlu ada beberapa syarat iaitu :
Pendaftaran untuk join Job Di Rumah ini ialah RM50. Kenapa kena bayar ? Ini jawapan dari
Job Di Rumah
Review Selepas Beli Produk Job Di Rumah
Sungguh tak disangka, ada juga jenis kerja macam ini di dunia. Ada kerja yang mudah dan ada juga kerja yang memerlukan kemahiran tertentu. Pembayaran dibuat dalam bentuk mata wang asing (kalau buat kerja dari luar negara). Saya sendiri ada 'bid' beberapa kerja. Seronok juga main 'bid' ni tapi kena hati-hati bila pilih majikan kerana bukan semua majikan yang betul-betul offer kerja ini. Ada juga fake employer. Berterima kasih kepada Job Di Rumah kerana memberi tips macamana hendak mengenal pasti majikan yang telah di'verified' dan fake employer. Beberapa minggu saya join, saya telah di'invite' oleh employer untuk beberapa kerja tapi malangnya saya terlambat respond dan kerja tersebut telah diserah employee lain. Kalau tak, merasalah saya 50 USD Dollar. Cuma tips saya untuk kerja online, kena asah skill dulu seperti belajar menaip laju, basic english mesti tahu dan belajar jadi seorang penyelidik sebab kadang-kadang sesetengah kerja yang kita mohon kena ada skill selidik sana sini web site. Jadi sambil mencari kerja, asah skill dan pengetahuan yang berkaitan supaya senang nak apply kerja. Persaingan memang sengit tapi try 'bid' betul-betul, mana tau ada peluang. Kalau ikut pendapat saya, biarlah dapat payment sikit yang penting pengalaman sebab pengalaman ini boleh tolong dapatkan kerja yang lain lagi. Salah satu ahli Job Di Rumah yang telah menjana pendapatan hampir 1500 - 3000 USD Dollar sebulan dari kerja Job Di Rumah iaitu Eisya Lee. Kalau convert 1500 USD Dollar ke RM, adalah dalam RM4000 hanya membuat kerja yang mudah dan itu pun buat dari rumah. Saya hampir tak percaya tapi bila lawat blog beliau, memang tak tipu sampai dia boleh travel ke oversea.Kerja yang dibuat hanya data entry dan copy-writing.
Rasanya dah panjang lebar saya buat review. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila lawati Job Di Rumah supaya terbuka luas mata siapa-siapa di luar sana tentang program ini. Kemungkinan besar, pada masa akan hadapan tak mustahil lebih ramai orang akan bekerja dari rumah sahaja. Siapa tahu kan?
TQ for reading my entry..
1 ulasan:
salam..pn aireen boleh tak ajar mcm mana bid projoct..
Catat Ulasan